Kalau kita di sinilebih senang panggil breaded chicken chop tetapi di Barat ayam ini dinamakan CHICKEN SCHNITZEL yang bermaksud ayam disaut serbuk roti.Menu ini sedap dihidang bersama side seperti salad atau fries Begitu juga untuk sosnya boleh dimakan bersama cili sos mayo ataupun black pepper sos.
Paling sesuai menyediakanya ialah dengan menggunakan dada ayam yang ketuk nipis dan diperap seketika bersama lada sulah
Chicken Schnitzel
Yield: - lebih 2 orang makan
Chicken Schnitzel adalah ayam goreng yang disaut dengan serbuk roti menjadikan ianya ranggup. Sedap dimakan sebagai one dish meal bersama side serpeti salad dan fries
- 2 Dada ayam (Diketuk nipis)
- 1 cawan tepung goreng Adabi
- ½ cawan serbuk roti
- 1 biji telur
- Sedikit serbuk cili
- Sedikit serbuk lada putih
- Minyak masak
Cara-cara Penyediaan:
- Cuci dan toskan ayam. Satukan serbuk roti & tepung goreng dalam pinggan.
- Lumurkan ayam dalam adunan tepung. Kemudian, celup ke dalam telur. Sekali lagi gaulkan ayam tadi ke dalam adunan tepung.
- Gorengkan ayam di dalam minyak yang banyak. Pastikan minyak betul-betul panas. Goreng ayam hingga masak. Angkat dan toskan.
- Taburkan serbuk lada putih berperisa & serbuk cili. Ikut selera masing2 sama ada nak pedas ataupun tidak.
RECIPE SOURCE: PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.
Thank You.-
0 Response to "CHICKEN SCHNITZEL"
Post a Comment