Dessert ini tidak perlu pengenalan diri, cukup popular dikalangan masyarakat Malaysia sehingga 5 star hotel pati menyediakanya sebagai buffet dessert. Paling popular masa Ramadan Buffet pergi la mana baik Bazaar Ramadan mahu pun Ramadan Buffet dari 1 star hingga 5 star wajib ada. Mudah menyediakan dan cukup sedap sebagai penyejuk tekak. Bahanya mudah 3 bahan aje sago santan dan sirap gula Melaka.
Sedap dan menjadi pilihan jika cuaca panas. Bertambah sedap jika di chillkan dahulu
Sago Gula Melaka
Yield: - lebih kurang 5 orang makan
Dessert favourite boleh dikatakan kegemaran masyarakat Malaysia sago dimosok don dimokon bersama santan pekat dan sirap gula Melaka
Bahan-bahan
- 200 gram biji sago rumbia
- 300 ml santan pekat campur sedikit garam dan kacau rata
- 60 gram gula Melaka ~ potong kecil*
- 100 gram gula pasir*
- 3/4 cawan air*
- 1 helai daun pandan, disimpul*(*dimasak hingga pekat, tapis dan sejukkan)
Kaedah Penyediaan
- Didih 2 liter air, kemudian masukkan biji sago, masak dengan api sederhana sambil dikacau selalu. Masak hingga biji sago kembang dan jernih (tiada lagi biji2 sago bewarna putih).
- Tapis dan bilis bawah air paip untuk membuang kanji sago.
- Kemudian masukkan ke dalam acuan kegemaran anda atau bekas kaca yang kecil.
- Isi penuh-penuh ( jika dalam acuan) jika dalam bekas kaca letak 1/2 bekas , buat hingga siap dan simpan dalam peti sejuk hingga sago kental (kurang lebih 30 minit).
- Sementara kita tunggu sagu kita kental kita sediakan air gula
- Satukan gula Melaka, gula pasir, air, daun pandan, ita tambah secubit garam dan sedikit gula timbang supaya warna gula melaka ita sedikit hitam.
- Masak hingga gula larut
- Tambahkan sedikit bancuhan tepung jagung bersama sedikit air jika inginkan kuah gula kita sedikit pekat.
- Masak hingga pekat dan sejukkan
- Untuk santan tu ita masak sekejap dengan garam dan daun pandan. Kalau tak nak masak pun tak apa. campur dengan garam dah boleh sediakan
- Bila sago dah sejuk dan kental,
- Keluarkan dari acuan (longgarkan tepinya dengan hujung pisau) dan letak dalam mangkuk sesuai. Tuang santan secukupnya dan curah sedikit sirap gula melaka atasnya, hidangkan untuk pencuci mulut.
RECIPE SOURCE: PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.
Thank You.-
0 Response to "SAGO GULA MELAKA"
Post a Comment